KUALA LUMPUR, 16 Mei 2026: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu di Dewan Rakyat, menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan Ahli Parlimen Kemaman itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di sini hari ini.
Menurut beliau, mesyuarat yang dipengerusikan Ahmad Samsuri turut memutuskan pelantikan Pengerusi PN bagi setiap negeri, termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi PN Selangor.
Bagaimanapun, pelantikan Pengerusi PN bagi Negeri Sembilan masih ditangguhkan buat masa ini.
Tags
NASIONAL
