Perkᴓsa anak tiri sejak 2022, jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan


PASIR MAS, 7 MEI 2026: Seorang jurukimpal menerima hukuman berat apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 32 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merᴓgol serta mencedɇrakan anak tirinya sendiri sejak 2022 hingga April lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Zulkpli Abdullah selepas tertuduh berusia 40 tahun mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol mⱥngsa yang ketika itu berusia 14 tahun empat bulan di sebuah rumah di Pengkalan Kubor, Tumpat pada Jun 2022 dan April 2023 antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Tertuduh turut didakwa atas empat lagi pertuduhan melakukan persetubuhan terhadap mⱥngsa sama di lokasi serupa antara Mei 2025 hingga 23 April lalu antara jam 11 malam hingga 3 pagi.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan.

Selain kesalahan seksual, tertuduh turut berdepan satu pertuduhan mencedɇrakan mⱥngsa pada 29 April lalu kira-kira jam 11 malam di lokasi sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nailah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh memandangkan mⱥngsa merupakan anak tirinya sendiri selain menjadi mⱥngsa perlakuan terkutuk itu sejak berusia 14 tahun.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 33 tahun dan 32 sebatan bermula dari tarikh tangkapan pada 24 April lalu.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan