Pinjam RM5,000 tanpa faedah, Kerajaan Terengganu mudahkan belia beli motor


KUALA TERENGGANU, 15 Mei 2026: Kerajaan Terengganu memperkenalkan skim pinjaman motosikal tanpa faedah bagi membantu belia dan golongan B40 memiliki motosikal untuk bekerja, berniaga serta mencari sumber pendapatan.

Skim di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) itu menawarkan pinjaman maksimum RM5,000 tanpa caj keuntungan atau riba, sekali gus membolehkan peminjam hanya membayar semula jumlah yang dipinjam.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, syarat permohonan turut dipermudahkan termasuk tidak lagi mewajibkan lesen perniagaan SSM.

Menurutnya, skim itu kini dibuka kepada semua jenis perniagaan dan bukan hanya tertumpu kepada pekerja sektor gig.

Beliau berkata, rakyat Terengganu berusia 18 hingga 40 tahun boleh memohon secara terus melalui YPU dengan tempoh bayaran balik sehingga empat tahun dan ansuran sekitar RM100 sebulan.

Katanya, kerajaan negeri berharap skim tersebut dapat membantu lebih ramai anak muda memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan urusan mencari rezeki.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan