SABAH, 20 April 2026: Tragedi bot terbalik di perairan Kampung Tamau Batu Gadung petang semalam mera̸gut satu nya̸wa apabila seorang daripada dua ma̸ngsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Kota Belud.
Ma̸ngsa lelaki berusia 18 tahun itu sebelum ini ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 9.50 malam, hampir 700 meter dari lokasi kejadian. Dia kemudian dibawa penduduk kampung ke hospital menggunakan kenderaan awam bagi mendapatkan rawatan lanjut. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.
Seorang lagi ma̸ngsa berusia 23 tahun masih belum ditemukan setakat ini, manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Elgie Bakuk berkata, usaha pencarian sedang diteruskan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, bot yang dinaiki lapan individu dipercayai dipukul ombak sebelum terbalik di muara sungai ketika mereka keluar memancing. Insiden tersebut menyebabkan dua ma̸ngsa dihanyutkan arus.
Enam individu lain bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.
