BESUT, 5 MEI 2026: Perjalanan awal pagi bertukar tragedi apabila seorang wanita warga emas mⱥut selepas van dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Kota Bharu–Kuala Terengganu, awal pagi Ahad lalu.
Insiden kira-kira jam 1.50 pagi di Kampung Anak Ikan itu melibatkan sebuah van jenis Toyota Hiace yang dinaiki 10 individu termasuk pemandu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan dalam perjalanan dari Perak menuju ke Kampung Alor Serdang, Setiu.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan lalu merempuh pokok di tepi jalan.
“Akibat kemalⱥngan itu, beberapa penumpang mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, seorang penumpang wanita warga emas, Munah Awang, 76, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital berkenaan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya serta merancang perjalanan dengan baik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
