Paparan kuota BUDI95, 150 liter hanya kesilapan teknikal


PUTRAJAYA, 2 Jun 2026: Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan had bulanan Program BUDI95 kekal sebanyak 200 liter sebulan meskipun terdapat paparan 150 liter yang dilihat sebahagian pengguna ketika penyelenggaraan sistem malam tadi.


Menurut MOF, paparan tersebut berpunca daripada ralat teknikal sistem yang berlaku sekitar jam 11 malam dan masalah itu telah dikenal pasti serta diperbetulkan.


“Tiada sebarang perubahan dibuat terhadap had bulanan BUDI95. Kuota kekal 200 liter sebulan bagi semua penerima yang layak termasuk bagi bulan Jun 2026,” menurut kenyataan kementerian itu.


MOF turut memaklumkan pihaknya akan terus memastikan pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar, telus dan teratur bagi memastikan bantuan subsidi bersasar sampai kepada golongan yang layak.


Kementerian itu juga memohon maaf atas kekeliruan yang timbul susulan ralat teknikal berkenaan.


Program BUDI95 merupakan inisiatif subsidi petrol bersasar kerajaan yang membolehkan rakyat yang layak menikmati petrol RON95 pada harga tetap RM1.99 seliter.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan