KUALA TERENGGANU, 21 Jun 2026: Polis Terengganu berjaya melumpuhkan sindiket dadⱥh antarabangsa yang menjadikan Kampung Duyong Besar sebagai lokasi transit penyimpanan bunga gⱥnja sebelum dipercayai diseludup ke negara ketiga.
Dalam serbuan pada 14 Jun lalu, polis menahan dua beradik lelaki berusia 39 dan 50 tahun serta merampas 22 kilogram bunga gⱥnja atau 'bʉds' yang dianggarkan bernilai RM1.76 juta. Jumlah keseluruhan rampasan termasuk aset lain mencecah kira-kira RM1.9 juta.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, suspek dipercayai diupah untuk menjaga dadⱥh berkenaan yang disimpan di sebuah rumah peninggalan ibu bapa mereka di Kampung Duyong Besar.
Menurut beliau, dadⱥh tersebut dipercayai mahu dipasarkan ke luar negara dan digunakan sebagai bahan utama pembuatan perisa cecair vⱥpe.
Polis kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket serta dalang utama yang terlibat dalam kegiatan tersebut.
Tags
DALAM NEGERI
