Guru antara empat ditahan disyaki edar gⱥnja


BESUT, 19 Jun 2026: Empat lelaki termasuk seorang guru diberkas polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadⱥh menerusi serbuan di sebuah premis di Kampung Raja, Besut awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu dilakukan hasil risikan yang mendapati premis berkenaan dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedⱥran dadⱥh.

Menurutnya, pemeriksaan menemui gⱥnja seberat 21.70 gram yang dianggarkan bernilai RM1,085 sebelum kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada empat suspek positif THC, iaitu bahan aktif yang terdapat dalam gⱥnja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadⱥh Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan