Hakim Danish cipta sejarah, raih podium pertama Moto3 di GP Itali


PETALING JAYA, 2 Jun 2026: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli mencipta sejarah peribadi apabila meraih podium pertama dalam saingan Moto3 selepas menamatkan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello di tempat ketiga Ahad lalu.


Pelumba berusia 18 tahun dari Terengganu yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu mencatat masa 33 minit 08.256 saat untuk menamatkan perlumbaan di belakang dua pelumba pasukan Red Bull KTM Ajo.


Kejuaraan perlumbaan dimenangi pelumba Sepanyol, Brian Uriarte manakala rakan sepasukannya, Alvaro Carpe muncul naib juara.


Kejayaan itu turut menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk melihat pelumba negara kembali menaiki podium dalam kelas Moto3 selepas kali terakhir dicapai Khairul Idham Pawi di GP Jerman.


Hasil keputusan tersebut, Hakim Danish mengumpul tambahan 16 mata kejuaraan dan kini berada di kedudukan ke-11 keseluruhan dengan 43 mata.


Menurut Hakim Danish, beliau bersyukur akhirnya berjaya menjejakkan kaki di podium selepas beberapa kali mencuba sejak menyertai saingan Moto3 musim ini.


“Perlumbaan ini sangat sengit, tetapi saya berjaya mengekalkan kedudukan yang baik sehingga ke garisan penamat. Ini adalah pencapaian terbaik saya setakat ini,” katanya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan