Pemandu Mercedes ditahan reman bantu siasatan nahas lima kenderaan


BATU PAHAT, 2 Jun 2026: Pemandu Mercedes yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Renggam-Simpang Renggam dekat Kluang semalam direman selama dua hari bermula hari ini.


Perintah reman terhadap lelaki berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno bagi membantu siasⱥtan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Terdahulu, media melaporkan BMW yang dipandu Goh Yi Sheng, 22, dipercayai berlumba dengan sebuah Mercedes-Benz yang dipandu adiknya sendiri sebelum terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.19 petang itu, BMW berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah Toyota Vios, Perodua Alza, Proton Wira dan Mercedes-Benz dari arah bertentangan.


Nahas itu mengorbankan Mohd Aiman Mohd Rashid, 36; Nor Azlina Abd Latif, 33; Semek Mat Soh, 75; Nur Airish Syifa Sidek, 10;


Pemandu BMW, Goh Yi Sheng dilaporkan mⱥut ketika dalam perjalanan ke hospital.


Lapan lagi mⱥngsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan