Lelaki hilang selepas jatuh bot ditemukan lemⱥs


KUANTAN, 18 Jun 2026: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Kobat berhampiran Taman Impian, Kuantan pada Selasa lalu ditemukan lemⱥs awal pagi Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mⱥngsa berusia 26 tahun ditemukan pada jam 2.30 pagi kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua melibatkan anggota bomba, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Unit Anjing Pengesan (K9), polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Amal Malaysia serta orang awam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Selasa, mⱥngsa dipercayai tercampak ke dalam sungai selepas bot yang dinaikinya bersama seorang rakan terlanggar bongkah kayu ketika dalam perjalanan pulang ke jeti selepas mencari umpan untuk rawai baung.

Rakannya yang berusia 24 tahun bagaimanapun selamat dalam kejadian tersebut.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan