JOHOR BAHRU, 3 Jun 2026: Siasatan terhadap nahas tragis di Simpang Renggam yang meragut lima nyⱥwa dan mencederakan lapan individu akan diklasifikasikan sebagai kes bʉnuh susulan tindakan memandu secara melulu dan berbahⱥya yang dipercayai menjadi punca kejadian.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Pejabat Peguam Negara (AGC) akan meneliti hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum menentukan pertuduhan yang akan dikenakan terhadap pihak terlibat.
Menurut beliau, AGC memandang serius kes pemanduan melulu yang mengancam keselamatan awam dan menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang bertanggungjawab.
Dalam kejadian di Jalan Renggam-Kluang itu, empat sekeluarga bersama seorang lagi pemandu dilaporkan mⱥut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta mewah yang dipercayai dipandu laju.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh sebelum ini berkata, siasatan mendapati sebuah BMW 530e yang dipandu lelaki berusia 22 tahun dan sebuah Mercedes-Benz A250 dipandu remaja berusia 19 tahun dipercayai dipandu secara melulu sebelum nahas berlaku.
Kes tersebut kini dalam siasatan lanjut, manakala orang ramai berharap tindakan tegas dapat diambil bagi mengelakkan tragedi seumpama itu berulang.
