Pelajar Tingkatan Empat m‎‎ⱥut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sekolah


SEREMBAN, 19 Jun 2026: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sendayan pagi tadi.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi itu menggemparkan warga sekolah dan penduduk setempat apabila m‎‎ⱥngsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Seorang penduduk berusia lingkungan 60-an yang tinggal berhampiran sekolah berkenaan berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas melihat orang ramai mula berkumpul di kawasan sekolah.

"Rumah saya memang bersebelahan dengan sekolah ini. Masa saya pulang dari Seremban, saya nampak ramai orang berkerumun. Saya terkejut apabila dimaklumkan ada pelajar terjatuh," katanya ketika ditemui.

Setakat ini, punca kejadian masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan dan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan selepas siasatan awal selesai.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan