Sembilan cedera dalam kemalangan di Sungai Bari


SETIU, 3 Jun 2026: Sembilan individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dan Perodua Bezza di Kilometer 47 berhampiran tapak pembinaan ECRL, Kampung Sungai Bari, pagi Selasa.


Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris, berkata kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu berlaku apabila Perodua Bezza yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.


Menurutnya, kenderaan tersebut kemudian bertembung secara berdepan dengan Perodua Alza yang sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu.


“Kemalangan tersebut menyebabkan semua pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan terlibat iaitu seramai sembilan orang mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.


Kesemua mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Setiu untuk menerima rawatan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan