Polis siasat kes tular aniⱥya kucing dalam guni


TELUK INTAN, 5 Jun 2026: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes tular yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pekerja restoran memasukkan seekor kucing ke dalam guni di Taman Melor di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat, lokasi sebenar kejadian serta mendapatkan fakta lengkap berhubung insiden tersebut.

Menurut beliau, polis turut menerima laporan daripada pemilik premis makanan berkenaan yang memaklumkan pekerjanya dipercayai merupakan individu dalam rakaman video yang tular di media sosial.

“Tindakan tersebut boleh disifatkan sebagai satu bentuk penganiⱥyaan terhadap haiwan dan polis memandang serius perkara ini,” katanya.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana disyaki melakukan penganiⱥyaan terhadap haiwan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Hilir Perak atau mana-mana balai polis berhampiran.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan