Remaja perempuan berusia 15 tahun disⱥmun, dirø gøl ketika berjoging


TUMPAT, 18 Jun 2026: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menjadi mⱥngsⱥ samun dan dirø gøl  oleh lelaki tidak dikenali ketika berjoging bersama adik lelakinya di Palekbang, di sini, pagi Rabu.

Mⱥngsⱥ ditemui dalam keadaan cedera berhampiran kawasan semak oleh orang awam kira-kira jam 11 pagi sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Nenek mⱥngsⱥ yang hanya mahu dikenali sebagai Rokiah berkata, cucunya keluar bersenam bersama adik lelaki berusia 10 tahun sebelum mereka dipercayai terpisah ketika berjoging.

Menurutnya, kanak-kanak itu pulang ke rumah selepas gagal menemui kakaknya kerana menyangka remaja berkenaan telah pulang lebih awal.

“Kami hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan memaklumkan cucu saya ditemui berhampiran kawasan semak,” katanya.

Beliau berharap individu yang bertanggungjawab dapat segera diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Mⱥngsⱥ yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan