Trending

Ustaz Azhar Idrus Dinobat Tokoh Dakwah Maal Hijrah Terengganu


KUALA TERENGGANU, 17 Jun 2026: Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Dakwah Maal Hijrah peringkat Terengganu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat.

Anak kelahiran Kampung Ladang itu menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta sijil penghargaan pada Sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M peringkat negeri.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri serta jabatan-jabatan berkaitan yang sentiasa memberi sokongan dan kemudahan dalam usaha dakwah serta penyebaran ilmu agama di Terengganu.

Menurutnya, kejayaan sesuatu majlis ilmu bukan terletak kepada penceramah semata-mata, sebaliknya kepada masyarakat yang hadir dan menghidupkan program tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada masyarakat khususnya golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah serta menggunakan media sosial secara berhemah dengan memperbanyakkan perkara yang bermanfaat dan berlandaskan ajaran agama.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan