KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026: Kɇg@nⱥsan rumah tangga bukan hanya melibatkan perbuatan memʉkul pasangan, malah kawalan kewangan sehingga isteri tidak bebas menggunakan wang untuk keperluan sendiri juga boleh dikategorikan sebagai pendɇrⱥan ekonomi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara situasi yang berlaku termasuk isteri dimarahi kerana membeli barangan secara dalam talian, selain tidak diberikan wang mencukupi untuk membeli pakaian atau barangan dapur.
Menurut beliau, perkara itu menunjukkan kɇg@nⱥsan rumah tangga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk apabila suami mengawal perbelanjaan isteri sehingga menjejaskan keperluan harian.
Nancy berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Keluarga Sejahtera: Kasih Terpelihara, Penjagaan Diperkasa'.
Statistik polis merekodkan 5,507 kes kɇg@nⱥsan rumah tangga pada 2023, meningkat kepada 7,016 kes pada 2024 dan 7,391 kes pada 2025. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, sebanyak 5,278 kes pula dilaporkan.
Dalam usaha membantu mereka yang berdepan situasi berkenaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan khidmat kaunseling, intervensi serta bantuan kewangan bagi urusan prosiding mahkamah.
Nancy turut menggesa individu yang mengalami kɇg@nⱥsan rumah tangga supaya mendapatkan bantuan melalui Talian Kasih 15999 atau WhⱥtsApp 019-261 5999.