Pemain boling padang nombor satu dunia beraksi di Kuala Nerus

May be an image of text 

KUALA NERUS, 29 Oktober: Kejuaraan Boling Padang Terbuka Malaysia, The Royal Patron’s Cup 2026, memberi peluang kepada atlet tempatan menguji kemampuan menentang pemain dari luar negara.

Pemain nombor satu dunia, Emma Firyana Saroji, berkata kejohanan yang berlangsung di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Terengganu itu turut membantu atlet tempatan meningkatkan mata ranking dunia masing-masing.

Menurut atlet kelahiran Sepang, Selangor itu, kejohanan berprestij berkenaan juga membuka peluang kepada pemain muda untuk mengutip pengalaman dan membuktikan kemampuan menentang pemain senior serta pasukan antarabangsa.

Emma, yang kini mengumpul 813 mata ranking dunia, turut menyertai kejohanan itu sebagai persiapan sebelum beraksi dalam kejohanan jemputan dunia Bowls Premier League (BPL) di Australia.

Beliau berkata, penyertaan itu mencipta sejarah buat sukan boling padang negara apabila dijemput beraksi bersama pemain antarabangsa bagi pasukan Melbourne Pulse yang berpangkalan di Victoria, Australia.

Emma menjangkakan saingan lebih sengit di Australia dan menyifatkan peluang itu sebagai pengalaman berharga untuk mengembangkan kemampuannya di pentas antarabangsa.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan